"Hello, name saye Seri. Name penuh? X payah la kot. Bukan nak isi borang nikah pun kan? Sekarang stay di Penang. Di mana? Di tepi Jusco? Tapi bukan Jusco Queensbay lah sengal. Saye tinggal di Bukit Mertajam. Tanya di mana lagi? Tempat itu di Mainland. Apa itu mainland? Dalam bahasa melayu maksudnya adalah tanah besar. Tapi klu ikut sejarah, its better known as Province Wellesly? Tak tau kat mana? Seberang Perai Tengah punya area. Tak tau juga? Bukak map lah. Ape ke biol sangat geografi anda ni? Jangan marah ha. Melawak bodoh boleh. Kenapa guna bahasa tidak boleh belah ni Seri? Jawapan : Sahaja gatal tangan. Itu sahaja. Tapi kan senang nak paham. Tak gitu?
Umur saya 21. Tolak cuti plus medical leave, mude lagi. baru setahun jagung. Masih nak mengenal erti kehidupan. Walaupun macam macam aku dah tau. Tapi kire okey la. Seumur hidup kene belajar kan. Baru bertamadun. Tak gitu?
Saya ini bagaimana orangnya? Pada pandangan saya, saya ini masih dikategorikan sebagai gadis melayu yang dikawal sempurna oleh keluarga. Tidak merokok. Dan juge Shisha. Merosakkan kesihatan dan mencemarkan. Saya benci asap okey. Saya adalah sejenis species Mamalia yang tidak akan membuang sampah di merata tempat, kecuali di dalam tong sampah sahaja. Betul, saya seorang Patriot. Suka nyanyi lagu Negaraku. Seronok! Dalam gambar pakai skirt, tapi kat luar biasa biasa sahaja. Dalam gambar lawa, tapi kat luar macam naga. Jangan tertipu. Amaran kerajaan. Saya kadang kadang gila. Orang tua Joyah cakap saya gelong. Farah cakap saya teman yang sangat baik. Akid cakap "Seri okey okey je", but he just can't stop calling me budak sekolah. Ciss. But okey lah kan? Saya tidak hot saya cool!
Saya anak keempat dari lima orang adik beradik. Tapi, ada adik beradik macam tak ada saja. Sama? Saya lebih rela hidup seorang diri bersama mak dan abah. Tidak lupa kepada Tom, Tih, dan Tam. Kucing saya yang sudah anggap saya macam ibu mereka sendiri. Walaupun mereka cume buat buat mesra time lapar, tapi kire okey lah. Boleh jugak peluk sesuatu tanpa maksiat. Haha.
Sekarang sudah habis buat Form 6 di SMK Tinggi Bukit Mertajam. Yeay! betapa gumbirakah hati saya ini tidak terperi berperi-peri. Iya, sekolah itu macam hantu. Tapi best jugak. Walaupun Pengetua dia dulu-dulu kerek semacam. Tapi layan je. Boleh dia cakap dengan aku tagline Nabil Raja Lawak? "Lu pikir lah sendiri". Aku agak tergamam lah. Terharu pun ade. Dapat peluang bermesra dengan Pengetua yang tersebut. Pengalaman indah yang tak berapa nak indah. Agak memilukan hati. Tapi padan muke aku. Siapa suruh aku suka hati melanggar peraturan nenek dia. Tak gitu?
Ramai orang tanya, kenapa saya tidak pergi ke college? Alkisah, saya ini hanyalah seperti Ali Baba yang miskin lagi papa kedana (tipu sangat) yang demikian tiadalah ongkos untuk terbang ke college. Dan saya juga direject sebanyak 2 kali oleh UITM. Memang agak menyengalkan apabila 5A SPM saya tidak laku dan diperlekehkan. Pada mulanya saya memang nak buat mogok pergi rompak sahaja rumah Menteri Pengajian Tinggi itu, tapi setelah mendapat hidayah, saya terima dengan redha sudeyhh
I am such a petite. Kalau orang datang rumah, mesti saya kena cop anak bongsu. Kenapa? Salah! Bukan sebab comel. Tapi sebeb adik saya pun lagi besar dari saya. Mengapa? Mana lah saya tahu. Memang badan saya molek. So? Tinggi saya tidak sampai 165cm pun. Saya cume tinggi sikit beberapa cm dari Sazzy Falak. Boleh jugak kan. Tapi Sazzy lagi comel lah. Saya muka mangkuk je. And yes, saya kering. Even ex-boyfriend saya pun cakap saya kering. Berat saya sekarang 42kg. Well, berikutan bulan puasa ni, tidak boleh naik lah berat. Susah kan!
Benar, saya sengaja privatekan gambar gambar saya yang lainnya. Mengapa Cik Kiah? Adalah kerana beberapa sebab sahaja. Yang pertama, saya sangat lah hodoh dan tidak berkesampaian hati saya untuk membiarkan warga warga Facebook kematian akibat terkejut beruk. Yang keduanya, saya sangat benci orang comment picture saya. Jadi, tidak perlu lah anda bersedih atau kecewa kerana tidak dapat mengkritik picture picture saya yang tersebut. Comment orang lain lagi bagus ha.
no SMOKING. no ALCOHOL. no DRUGS. no FREE SEX
To be continued..."
apakah semua ini?? jeng2~ ini lah introduction aku masa kat facebook dulu2. disebabkan budak2 facebook selalu cakap kat aku " malaslah nak baca, panjang sangat" dimana dengan itu tiba2 menimbulkan sakit hati, jadi aku pun remove lah introduction ni. tapi tak kurang jugak kawan2 yang membaca dan mendapat sambutan hangat dari mereka.. aiseymen,, macam artis gitewwwww.. yuck! okey2, sambung cerita. so akupun letaklah menda ni kat sini. kalau kat blog orang tak boleh nak cakap malas nak baca kan. kalau xnak baca jangan bukak. tu je.. hihi. and sorry lah kawan2 saya takde continue penulisan ini kerana kesibukan yang melampau kalah sultan2 kat Korea tu. Korea ada sultan ke? jawapan saya entah. hahaha,, sebelum aku merapik lagi panjang2 yang boleh membuatkan anda malas nak baca, cukuplah sampai disini saja ulasan saya. terima introduction saya lagi sekali ni ye. hehe. assalamualaikum :)